WAHYU 14:14-15
WAHYU 14:14-15 Alkitab Berita Baik (BM)
Kemudian aku memandang dan nampak awan putih. Di atas awan itu duduklah sesusuk tubuh yang kelihatannya seperti manusia. Kepala-Nya bermahkota emas dan tangan-Nya memegang sebilah sabit yang tajam. Kemudian satu lagi malaikat keluar dari Rumah Allah. Dia berseru dengan suara kuat kepada Dia yang duduk di atas awan itu, “Gunakan sabit-Mu dan mulakan kerja menuai, kerana musim menuai sudah tiba! Tuaian di bumi sudah masak dan sudah tiba masanya untuk dituai!”
WAHYU 14:14-15 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka hieran, kulihat suatu awan putih, maka diatas awan itu ada sa’orang dudok spŭrti Anak manusia; adalah dikŭpalanya suatu mahkota yang kaamasan, dan pada tangannya suatu sabit yang tajam. Maka kluarlah pula sa’orang mŭliekat yang lain deri dalam ka’abah, bŭrtriak dŭngan swara yang nyaring kapada orang yang dudok diatas awan itu, Sabitkanlah sabitmu itu, tuwielah; kŭrna kutika angkau mŭnuwie itupun tŭlah sampielah; kŭrna pŭnuwiean dibumi itupun tŭlah masaklah.
WAHYU 14:14-15 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Tiba-tiba aku melihat awan putih dan di atasnya duduk seorang yang rupanya seperti Anak Manusia, bermahkota emas dan memegang sabit yang tajam. Muncul satu lagi malaikat dari Bait Suci sambil berseru lantang kepada Dia yang duduk di atas awan, “Gunakanlah sabit-Mu, tuailah, kerana sudah sampai waktunya Engkau menuai; tuaian dunia sudah masak.”