BILANGAN 4:1-3 - Compare All Versions

BILANGAN 4:1-3 BM (Alkitab Berita Baik)

TUHAN menyuruh Musa dan Harun supaya membanci puak Kehat daripada suku Lewi, menurut puak kecil dan keluarga masing-masing, dan supaya mendaftarkan semua orang lelaki yang berumur di antara 30 dan 50 tahun, yang layak bekerja di Khemah TUHAN.

BILANGAN 4:1-3 AVB (Alkitab Versi Borneo)

TUHAN berfirman kepada Musa dan Harun, “Jalankanlah banci penduduk yang berasingan atas bani Kehat daripada kalangan bani Lewi menurut kaum dan keluarga masing-masing. Hitunglah orang yang berumur tiga puluh sampai lima puluh tahun, iaitu semua orang yang memenuhi syarat untuk melaksanakan pekerjaan di Khemah Pertemuan.