BILANGAN 26:63-65 - Compare All Versions
BILANGAN 26:63-65 BM (Alkitab Berita Baik)
Semua puak itu didaftarkan oleh Musa dan Eleazar ketika mereka membanci umat Israel di dataran Moab, di seberang Sungai Yordan, bertentangan dengan kota Yerikho. Antara mereka yang didaftarkan oleh Musa di Gurun Sinai, tidak seorang pun yang masih hidup. TUHAN berfirman bahawa mereka semua akan mati di padang gurun. Mereka semua telah meninggal, kecuali Kaleb anak Yefune dan Yosua anak Nun.
BILANGAN 26:63-65 AVB (Alkitab Versi Borneo)
Itulah orang yang terhitung jumlahnya oleh Musa dan Imam Eleazar ketika kedua-duanya menghitung orang Israel di dataran Moab, di tepi Sungai Yordan dekat Yerikho. Antara orang ini tidak ada seorang pun yang dahulu dihitung oleh Musa dan Imam Harun ketika mereka menghitung orang Israel di Gurun Sinai, kerana tentang orang itu TUHAN telah berfirman, “Sesungguhnya, orang itu pasti mati di gurun.” Daripada mereka itu tiada seorang pun yang masih hidup selain Kaleb anak Yefune dan Yosua anak Nun.