BILANGAN 25:10-13 - Compare All Versions

BILANGAN 25:10-13 BM (Alkitab Berita Baik)

TUHAN berfirman kepada Musa, “Pinehas anak Eleazar, cucu Imam Harun, sudah meredakan kemurkaan-Ku terhadap Israel. Dia tidak membiarkan Israel menyembah tuhan lain kecuali Aku, sehingga kemurkaan-Ku reda dan Aku tidak membinasakan umat itu. Maka beritahulah Pinehas bahawa Aku mengadakan perjanjian dengan dia yang akan berlaku selama-lamanya. Oleh sebab dia tidak membiarkan Israel menyembah tuhan lain, dan dia juga sudah mendatangkan pengampunan dosa bagi umat itu, dia dan keturunannya akan menjadi imam selama-lamanya.”

BILANGAN 25:10-13 AVB (Alkitab Versi Borneo)

Firman TUHAN kepada Musa, “Pinehas anak Eleazar anak Imam Harun telah menyurutkan kemurkaan-Ku terhadap orang Israel. Begitu bersemangat dia membela kehormatan-Ku di tengah-tengah mereka, sehingga Aku tidak memusnahkan semua orang Israel dalam cemburu-Ku. Oleh sebab itu katakanlah bahawa sesungguhnya Aku mengurniakan kepadanya perjanjian damai-Ku. Dia dan keturunannya kelak akan memperoleh perjanjian jawatan imam untuk selama-lamanya, kerana dia begitu bersemangat membela Allahnya serta mengusahakan pendamaian bagi orang Israel.”