BILANGAN 22:30-34 - Compare All Versions
BILANGAN 22:30-34 BM (Alkitab Berita Baik)
Keldai itu menjawab, “Bukankah tuan menunggangi saya seumur hidup tuan? Pernahkah saya memperlakukan tuan begini?” “Tidak,” jawab Bileam. Kemudian TUHAN membolehkan Bileam melihat malaikat TUHAN yang berdiri di situ dengan pedang terhunus, lalu Bileam sujud menyembah. Malaikat itu berkata, “Mengapakah engkau memukul keldaimu sampai tiga kali? Akulah yang menghalangi perjalananmu, kerana engkau tidak seharusnya pergi. Tetapi keldaimu nampak aku dan keldai itu minggir tiga kali. Jika tidak, aku pasti membunuh engkau dan membiarkan keldaimu hidup.” Bileam menjawab, “ Saya sudah berdosa. Saya tidak tahu bahawa tuan berdiri di hadapan untuk menghalangi saya. Jika pada pendapat tuan, saya tidak seharusnya pergi, baiklah saya pulang.”
BILANGAN 22:30-34 AVB (Alkitab Versi Borneo)
Kata keldai itu kepada Bileam, “Bukankah aku ini keldaimu yang kamu tunggangi seumur hidupmu sampai hari ini? Adakah aku biasa berbuat demikian padamu?” Jawabnya, “Tidak.” Kemudian TUHAN menyingkapkan mata Bileam sehingga dia melihat malaikat TUHAN berdiri di jalan dengan pedang terhunus di tangannya. Maka membongkoklah dia dan sujud memberi hormat. Sabda malaikat TUHAN kepadanya, “Mengapakah kamu memukul keldaimu sampai tiga kali? Ketahuilah, Aku keluar sebagai lawanmu, kerana ketelanjuran kelakuanmu di hadapan-Ku. Keldai ini melihat Aku dan sudah tiga kali menyimpang dari hadapan-Ku. Kalau keldai itu tidak menyimpang dari hadapan-Ku, tentulah kamu sudah Kubunuh, dan keldai itu Kubiarkan hidup.” Kata Bileam kepada malaikat TUHAN, “Hamba telah berdosa kerana hamba tidak tahu bahawa Engkau berdiri di jalan mengadang hamba. Sekarang, jika Engkau tidak berkenan akan hal ini, maka hamba hendak pulang.”