BILANGAN 20:11-14 - Compare All Versions
BILANGAN 20:11-14 BM (Alkitab Berita Baik)
Kemudian Musa mengangkat tongkat itu dan memukulkannya dua kali pada bukit batu itu. Air memancar keluar sehingga segenap umat itu dan ternakan mereka dapat minum. Tetapi TUHAN menegur Musa dan Harun, lalu berfirman, “Kerana kamu kurang percaya kepada-Ku untuk menyatakan kuasa-Ku yang suci di hadapan umat Israel, kamu tidak akan memimpin umat itu ke tanah yang Aku janjikan kepada mereka.” Peristiwa itu terjadi di Meriba. Di tempat itu umat Israel bersungut-sungut terhadap TUHAN, dan di situ juga TUHAN menunjukkan kuasa-Nya yang suci kepada umat itu. Kemudian Musa mengutus utusan-utusan dari Kades untuk menghadap raja Edom. Para utusan itu berkata, “Hamba semua daripada suku-suku Israel yang masih ada hubungan kekeluargaan dengan tuanku. Tuanku tahu akan kesusahan yang menimpa hamba sekalian.
BILANGAN 20:11-14 AVB (Alkitab Versi Borneo)
Lalu Musa mengangkat tangannya dan memukul bukit batu itu dua kali dengan tongkatnya. Maka keluarlah air dengan limpahnya, dan minumlah umat itu berserta ternakan mereka. Akan tetapi, TUHAN berfirman kepada Musa dan Harun, “Kerana kamu tidak percaya kepada-Ku dan tidak menyatakan kesucian-Ku di hadapan mata orang Israel, maka kamu tidak akan membawa jemaah ini masuk ke negeri yang akan Kukurniakan kepada mereka.” Itulah mata air Meriba. Di situlah orang Israel berbantah dengan TUHAN, dan di situ pulalah Dia menyatakan kesucian-Nya dalam kalangan mereka. Musa mengirim beberapa utusan dari Kadesh kepada raja Edom dengan pesan, “Beginilah kata saudaramu Israel, ‘Kamu tahu segala kesusahan yang telah menimpa kami.