BILANGAN 11:1-3 - Compare All Versions
BILANGAN 11:1-3 BM (Alkitab Berita Baik)
Pada suatu hari umat Israel mula bersungut kepada TUHAN tentang kesusahan mereka. Apabila TUHAN mendengar sungutan mereka, Dia murka lalu mendatangkan api kepada mereka. Api itu merebak di tengah-tengah mereka dan menghanguskan sebahagian daripada perkhemahan. Orang Israel berseru minta tolong kepada Musa, maka dia berdoa kepada TUHAN, lalu api itu padam. Itulah sebabnya tempat itu dinamakan Tabera, kerana di situ api TUHAN merebak di tengah-tengah mereka.
BILANGAN 11:1-3 AVB (Alkitab Versi Borneo)
Lalu bersungutlah orang Israel di hadapan TUHAN mengenai nasib malang yang menimpa mereka dan ketika TUHAN mendengarnya, menyalalah kemurkaan-Nya lalu api TUHAN menyala dalam kalangan mereka dan menghanguskan bahagian pinggiran perkhemahan. Maka berserulah bangsa itu kepada Musa dan Musa pun berdoa kepada TUHAN, lalu padamlah api itu. Itulah sebabnya tempat itu dinamai Tabera kerana api TUHAN menyala dalam kalangan mereka.