YOHANES 12:25-26
YOHANES 12:25-26 Alkitab Berita Baik (BM)
Sesiapa yang mengasihi hidupnya sendiri akan kehilangan hidup itu. Tetapi sesiapa yang tidak mengasihi hidupnya di dunia ini akan memilikinya untuk hidup sejati dan kekal. Sesiapa yang mahu mengabdikan diri kepada-Ku harus mengikut Aku, supaya dia boleh bersama-sama Aku di tempat Aku berada. Bapa-Ku akan menghormati orang yang mengabdikan diri kepada-Ku.”
YOHANES 12:25-26 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka barang siapa yang mŭngasihi akan dirinya, maka iya itu kŭlak hilang, dan barang siapa yang mŭmbŭnchi akan dirinya dalam dunia ini, maka iya itu kŭlak akan tŭrplihara slama lamanya dalam akhirat. Maka barang siapa handak bŭpŭrhambakan dirinya padaku, maka handaklah iya mŭngikot aku, dan dimana ada aku, maka disanalah kŭlak ada hambaku pun; dan jikalau barang siapa handak bŭpŭrhambakan dirinya padaku, maka iyalah akan bŭrulih hormat deri pada Ayahku.
YOHANES 12:25-26 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Orang yang sayangkan hidupnya akan kehilangan hidup itu. Tetapi orang yang tidak sayangkan hidupnya di dunia ini akan mendapat hidup yang kekal. Sesiapa yang ingin mengabdi kepada-Ku mesti mengikut-Ku, dan di mana Aku berada, di situlah juga abdi-Ku. Orang yang mengabdi kepada-Ku akan dihormati oleh Bapa.”