YEREMIA 42:11-12 - Compare All Versions

YEREMIA 42:11-12 BM (Alkitab Berita Baik)

Jangan takut lagi akan raja Babilonia. Aku menyertai kamu, dan Aku akan melepaskan kamu daripada kuasanya. Oleh sebab Aku berbelas kasihan, Aku akan menyebabkan dia mengasihani kamu dan membenarkan kamu pulang. Aku, TUHAN, telah berfirman.’

YEREMIA 42:11-12 AVB (Alkitab Versi Borneo)

Jangan takut kepada raja Babel yang kamu takuti itu. Jangan takut kepadanya,’ demikianlah firman TUHAN, ‘kerana Aku menyertai kamu untuk menyelamatkan dan melepaskan kamu dari tangannya. Aku akan mengurniakan rahmat kepadamu, sehingga dia akan mengasihani kamu dan membiarkan kamu kembali ke tanah airmu.’