HAGAI 1:9-11
HAGAI 1:9-11 Alkitab Berita Baik (BM)
Kamu mengharapkan tuaian banyak, tetapi yang kamu dapat sedikit sekali. Apabila kamu membawa tuaian itu pulang, Aku meniupnya sehingga habis dibawa angin. Mengapa Aku melakukan hal itu? Aku melakukannya kerana Rumah-Ku masih reruntuhan, sedangkan kamu semua sibuk membina rumah masing-masing. Itulah sebabnya hujan tidak turun sehingga tiada tanaman yang dapat tumbuh. Aku sudah mendatangkan kemarau ke negeri ini sehingga bukit, ladang gandum, ladang anggur, kebun zaitun dan segala tumbuhan di negeri ini menjadi kering. Manusia, haiwan, dan segala tanaman kamu ditimpa kemarau.”
HAGAI 1:9-11 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kamu mengharapkan banyak, tetapi lihatlah betapa sedikit sahaja hasilnya. Ketika kamu membawanya ke rumah, Aku yang menghembuskannya. Mengapa? Demikianlah firman TUHAN alam semesta. Sebabnya bait-Ku terus usang dan terbiar dalam kerosakan, walhal kamu sibuk menguruskan rumah masing-masing. Oleh itu, langit menahan pengeluaran embunnya dan bumi menahan hasilnya. Aku mengundang kemarau untuk melanda ke atas negeri, ke atas pergunungan, ke atas hasil bijirin, ke atas air anggur baru, ke atas minyak, ke atas segala yang dihasilkan oleh tanah, ke atas manusia dan haiwan dan ke atas segala daya usaha dan hasil kerja kamu.”