PENGKHUTBAH 3:18-20 - Compare All Versions
PENGKHUTBAH 3:18-20 BM (Alkitab Berita Baik)
Inilah pendapatku: Allah menguji kita untuk menunjukkan bahawa nasib kita tidak berbeza dengan nasib binatang. Bukankah manusia dan binatang senasib? Kedua-duanya makhluk dan kedua-duanya pun akan mati. Manusia tidak lebih baik daripada binatang, kerana bagi kedua-duanya hidup itu sia-sia. Kedua-duanya kembali ke tempat yang sama - ke tanah. Kedua-duanya berasal dari tanah dan akan kembali ke tanah.
PENGKHUTBAH 3:18-20 AVB (Alkitab Versi Borneo)
Berkata aku lagi dalam hati tentang anak-anak manusia, bahawa Allah memang menguji mereka agar mereka sedar betapa mereka sekadar seperti haiwan. Nasib anak-anak manusia memang sama dengan nasib haiwan dan peristiwa yang sama menimpa kedua-duanya. Sebagaimana yang satu mati, begitu jua halnya dengan yang lagi satu. Kedua-duanya sama-sama bernafas maka tiada kelebihan manusia berbanding dengan haiwan kerana segala-galanya hanya kesia-siaan. Kedua-duanya menuju tempat yang sama; kedua-duanya berasal daripada debu dan kedua-duanya kelak kembali menjadi debu.