AMOS 2:1-3
AMOS 2:1-3 Alkitab Berita Baik (BM)
TUHAN berfirman, “Penduduk Moab sudah berkali-kali berdosa, kerana itu Aku pasti akan menghukum mereka. Mereka menghina raja Edom yang sudah mangkat dengan membakar tulangnya sehingga menjadi abu. Oleh itu, Aku akan mengirim api ke negeri Moab dan membakar kubu-kubu Keriot. Penduduk Moab akan mati di tengah-tengah keriuhan perang, sementara trompet dibunyikan dan pekik pertempuran diteriakkan oleh askar. Aku akan membunuh penguasa Moab dan semua pegawai kerajaan di sana.”
AMOS 2:1-3 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Beginilah firman TUHAN, “Atas sebab tiga, malahan empat pelanggaran Moab, Aku tidak akan menarik balik hukuman baginya. Kerana dia membakar tulang-tulang raja Edom hingga menjadi kapur, Aku akan melepaskan api ke Moab, yang akan merentungkan segala puri Keriot. Moab akan mati dalam kegemparan, diiringi pekikan dan bunyi sangkakala. Aku akan melenyapkan sang pemimpin daripada antaranya dan mencabut nyawa semua pembesarnya bersama dengannya,” demikianlah firman TUHAN.