TUHAN Raja berfirman, “Demi Aku, Allah yang hidup, Aku akan menghukum raja Yehuda kerana memungkiri perjanjiannya dengan raja Babilonia. Dia telah memandang ringan sumpah yang dibuatnya demi nama-Ku. Aku akan memasang jaring yang digunakan oleh pemburu dan menangkapnya. Aku akan membawa raja Yehuda ke Babilonia dan menghukumnya di sana, kerana dia tidak setia kepada-Ku. Askar-askarnya yang paling gagah akan dibunuh dalam peperangan, dan mereka yang terselamat akan tercerai-cerai di serata tempat. Barulah kamu tahu bahawa Aku, TUHAN, telah berfirman.” Inilah firman TUHAN Raja, “Aku akan memetik pucuk muda dari puncak pokok sedar yang tinggi; Aku akan menanamnya di gunung yang tinggi, gunung yang tertinggi di Israel. Pucuk itu akan bercabang dan berbuah, lalu menjadi pokok sedar yang megah. Berjenis-jenis burung akan bersarang di sana, dan berlindung di bawah teduhnya. Semua pokok di dalam negeri akan tahu bahawa Akulah TUHAN. Aku menebang pokok yang tinggi, dan membuat pokok yang rendah meninggi. Aku melayukan pokok yang hijau, dan membuat pokok yang kering menghijau. Aku, TUHAN, telah berfirman. Aku akan melaksanakan segala yang Kufirmankan.”
Kongsi
Baca YEHEZKIEL 17
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video