Mazmur Daud. Jagalah aku, ya Allah, kerana aku berlindung kepada-Mu. Aku berkata kepada TUHAN, “Engkaulah Tuhanku; tiada yang baik bagiku selain Engkau.” Betapa baiknya umat yang setia kepada Allah! Aku sangat ingin bersama-sama mereka. Mereka yang menyembah dewa-dewa bertambah-tambah kesusahan mereka. Aku tidak mahu turut serta mempersembahkan korban; aku tidak mahu menyembah dewa mereka. Ya TUHAN, hanya Engkau yang aku miliki, Engkau memberi aku segala keperluanku; nyawaku ada di dalam tangan-Mu. Sungguh indah pemberian-Mu kepadaku; betapa baiknya semua itu! Aku memuji TUHAN kerana Engkau membimbing aku, pada waktu malam suara hatiku mengajar aku. Aku sentiasa sedar akan hadirat TUHAN; Engkau ada di sampingku, tiada suatu pun dapat menggoncang aku. Demikianlah hatiku bersyukur dan gembira, dan aku selamat, kerana Engkau tidak akan membiarkan aku mati; orang yang Engkau kasihi tidak Kaubiarkan binasa. Jalan yang menuju kehidupan Engkau tunjukkan kepadaku; hadirat-Mu menggembirakan aku, dan sentiasa membahagiakan aku.
Kongsi
Baca MAZMUR 16
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video