Apakah yang dapat aku persembahkan kepada TUHAN untuk segala kebaikan-Nya terhadap aku? Aku akan memberikan persembahan wain kepada TUHAN, untuk bersyukur kepada-Nya kerana Dia menyelamatkan aku. Di hadapan semua umat-Nya, aku akan menunaikan janjiku kepada-Nya. TUHAN sangat sedih apabila orang yang setia kepada-Nya mati. Aku ini hamba-Mu, ya TUHAN; aku mengabdi kepada-Mu seperti ibuku dahulu. Engkau telah menyelamatkan aku daripada maut. Aku akan mempersembahkan korban syukur kepada-Mu, dan aku akan berdoa kepada-Mu. Aku akan menunaikan janjiku kepada TUHAN di hadapan semua umat-Nya, di halaman Rumah TUHAN, di kota Yerusalem.
Kongsi
Baca MAZMUR 116
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video