AMSAL 18

18
1Orang yang menyingkirkan diri daripada orang lain hanya mementingkan diri sendiri; mereka membantah segala pendapat yang baik daripada orang lain.
2Orang yang bodoh tidak peduli sama ada dia faham atau tidak. Dia hanya ingin mengatakan pendapat sendiri.
3Dosa dan hinaan sentiasa berdampingan; orang yang tercela akan dipermalukan.
4Perkataan orang boleh merupakan sumber hikmat, yang dalam seperti laut dan segar seperti air yang mengalir.
5Tidak baik memihak orang yang jahat, dan menindas orang yang tidak bersalah.
6Jika orang bodoh menimbulkan pertengkaran, mereka minta dipukul.
7Apabila orang bodoh bercakap mereka terjerat oleh kata-kata mereka dan membinasakan diri.
8Umpatan sangat enak rasanya; orang suka menelannya.
9Orang malas sama jahatnya dengan orang yang suka merosak.
10TUHAN seperti menara yang kukuh; ke sanalah orang jujur pergi dan mendapat perlindungan. 11Tetapi orang kaya menyangka bahawa harta yang melindungi mereka seperti tembok tinggi dan kuat di sekeliling kota.
12Orang yang rendah hati akan dihormati; orang sombong pasti akan binasa.
13Orang yang menjawab sebelum mendengar, bukan sahaja bodoh tetapi mempermalu diri sendiri.
14Kemahuan untuk hidup dapat menanggung derita penyakit tetapi jika lenyap kemahuan itu, hilanglah segala harapan.
15Orang bijak sentiasa sedia dan suka belajar.
16Hadiah membuka jalan sehingga mudah untuk menemui orang besar.
17Orang yang pertama berucap di mahkamah selalu nampaknya benar, tetapi kenyataannya akan diuji setelah perkaranya diperiksa.
18Jika terjadi pertikaian di mahkamah antara dua orang yang berkuasa, buanglah undi untuk menyelesaikannya.
19Tolong-menolong menguatkan persaudaraan seperti tembok kota yang kukuh, tetapi pertengkaran memutuskan perhubungan.
20Kata-kata yang diucapkan membawa kesan yang harus dirasakan. 21Kata-kata yang diucapkan mempunyai kuasa untuk menyelamatkan ataupun membinasakan. Orang harus merasakan kesan kata-kata mereka.
22Orang yang mendapat isteri, mendapat sesuatu yang baik. Hal ini bermakna TUHAN memperkenan orang itu.
23Orang miskin memohon dengan sopan, tetapi orang kaya menjawab dengan kasar.
24Ada sahabat yang tidak setia, ada pula yang lebih karib daripada saudara kandung.

Terpilih Sekarang Ini:

AMSAL 18: BM

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk