HAKIM-HAKIM 7:8-15

HAKIM-HAKIM 7:8-15 BM

Oleh itu Gideon menyuruh semua orang Israel yang lain pulang, kecuali tiga ratus orang itu. Semua bekal dan trompet diambil daripada mereka yang pulang. Ketika itu orang Midian berkhemah di lembah, di bawah tempat orang Israel berkhemah. Pada malam itu TUHAN berfirman kepada Gideon, “Bangunlah! Pergilah serang perkhemahan orang Midian. Aku memberi engkau kemenangan atas mereka. Jika engkau takut menyerang mereka, pergilah ke perkhemahan mereka bersama dengan Pura, hambamu. Di situ engkau akan mendengar apa yang sedang dipercakapkan musuh, lalu engkau akan berani menyerang mereka.” Oleh itu Gideon dan hambanya Pura pergi ke pinggir perkhemahan musuh. Orang Midian, orang Amalek, dan suku-suku lain dari padang gurun, tersebar di seluruh lembah itu seperti kawanan belalang. Unta mereka banyak sekali, bagaikan pasir di pantai. Apabila Gideon sampai di situ, dia mendengar seseorang sedang menceritakan mimpinya kepada seorang kawan. Orang itu berkata, “Aku bermimpi ada sebuku roti barli terguling-guling masuk ke dalam perkhemahan kita. Roti itu melanggar sebuah khemah, lalu khemah itu roboh sama sekali.” Kawannya menjawab, “Itu pedang Gideon anak Yoas, orang Israel itu. Nyatalah bahawa Allah sudah memberi dia kemenangan atas orang Midian dan seluruh angkatan tentera kita!” Apabila Gideon mendengar mimpi orang itu dan maknanya, dia bersujud menyembah Allah. Kemudian dia kembali ke perkhemahan Israel dan berkata, “Bersedialah! TUHAN memberi kamu kemenangan atas angkatan tentera Midian!”

Pelan Bacaan dan Renungan percuma yang berkaitan dengan HAKIM-HAKIM 7:8-15

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami