GALATIA 5:7-10

GALATIA 5:7-10 BM

Dahulu kamu berjuang dengan baik. Siapakah yang menyebabkan kamu berhenti mentaati ajaran Tuhan? Siapakah yang sudah memujuk kamu? Tentu bukan Allah, yang telah memanggil kamu. Seperti kata orang, “Ragi yang sedikit boleh menjadikan seluruh adunan naik.” Meskipun demikian aku masih yakin bahawa kamu tidak akan mengikut pendirian lain, kerana kita semua sudah bersatu dengan Tuhan. Aku pun yakin bahawa orang yang mengacau fikiran kamu pasti akan dihukum oleh Allah.