YEHEZKIEL 9:4-6
YEHEZKIEL 9:4-6 BM
“Jelajahilah seluruh kota Yerusalem dan bubuhlah tanda pada dahi setiap orang yang sedih dan susah kerana segala perbuatan yang menjijikkan yang dilakukan di kota itu.” Aku mendengar Allah berfirman kepada lelaki-lelaki yang lain, “Ikutlah dia ke seluruh kota dan bunuhlah setiap orang. Jangan lepaskan seorang pun. Jangan kasihani sesiapa pun. Bunuhlah orang tua, teruna, dara, ibu, dan kanak-kanak. Tetapi jangan sentuh seorang pun yang mempunyai tanda pada dahi. Mulalah dari sini, dari Rumah-Ku.” Oleh itu mereka memulakan tugas dengan membunuh para pemimpin yang berdiri di Rumah TUHAN.

