KISAH RASUL-RASUL 15:36-41

KISAH RASUL-RASUL 15:36-41 BM

Beberapa lama kemudian Paulus berkata kepada Barnabas, “Marilah kita lawat semula saudara-saudara yang percaya kepada Yesus di semua kota yang sudah kita sampaikan firman Tuhan. Marilah kita lihat sama ada mereka tetap percaya kepada Tuhan.” Barnabas hendak membawa Yohanes Markus, tetapi Paulus tidak bersetuju untuk membawanya, kerana Markus meninggalkan mereka di Pamfilia, dan tidak menyertai mereka menyelesaikan tugas. Oleh itu Paulus dan Barnabas bertengkar dengan sengit sehingga akhirnya mereka berpisah. Barnabas membawa Markus bersama-samanya lalu belayar ke Siprus. Paulus memilih Silas, lalu berangkat dengan dia setelah jemaah di Antiokhia menyerahkan mereka kepada rahmat Tuhan. Mereka menjelajahi daerah Siria dan Kilikia, serta menguatkan jemaah di situ.
BM: Alkitab Berita Baik
Kongsi