Mazmur 119:1-40

Mazmur 119:1-40 AVB

Diberkatilah orang yang tidak tercela jalannya, yang melangkah menurut hukum TUHAN. Diberkatilah mereka yang mematuhi peraturan-Nya, yang mencari-Nya dengan sepenuh hati. Mereka juga tidak melakukan dosa; mereka melangkah menurut jalan-Nya. Engkau telah memerintahkan kami supaya mematuhi ajaran-ajaran-Mu dengan bersungguh-sungguh. Oh, kalaulah cara-caraku ditujukan ke arah mematuhi ketetapan-Mu! Maka tidaklah aku malu apabila aku meneliti segala perintah-Mu. Aku akan memuji-Mu dengan tulus hati apabila kupelajari hukum-Mu yang benar. Aku akan mematuhi ketetapan-Mu; janganlah tinggalkan aku selama-lamanya. Bagaimanakah seorang pemuda menyucikan jalannya? Dengan berhati-hati menurut firman-Mu. Dengan sepenuh hatiku aku telah mencari-Mu; janganlah biarkan aku menyimpang daripada perintah-perintah-Mu. Firman-Mu telah kusimpan baik-baik dalam hatiku supaya aku tidak berdosa terhadap-Mu. Terpujilah Engkau, ya TUHAN; ajarlah aku ketetapan-Mu. Dengan bibirku telah kuisytiharkan segala hukum yang Kaufirmankan. Aku telah bergembira dengan cara peraturan-Mu seperti dengan segala kekayaan. Aku akan merenung ajaran-ajaran-Mu dan memikirkan cara-cara-Mu. Aku akan menikmati ketetapan-Mu; aku tidak akan melupakan firman-Mu. Limpahkanlah kurnia-Mu kepada hamba-Mu; supaya aku dapat hidup dan mematuhi firman-Mu. Bukakanlah mataku supaya aku dapat melihat hal-hal yang menakjubkan daripada hukum-Mu. Aku orang asing di bumi; janganlah sembunyikan perintah-perintah-Mu daripadaku. Jiwaku resah mengingini hukum-hukum-Mu setiap waktu. Engkau memarahi orang sombong yang dilaknati, yang menyimpang daripada perintah-perintah-Mu. Bebaskan aku daripada celaan dan hinaan, kerana aku telah mematuhi peraturan-Mu. Raja-raja juga duduk mengataku, tetapi hamba-Mu merenung ketetapan-Mu. Peraturan-Mu juga memberiku nikmat dan bimbingan. Jiwaku melekap ke debu; pulihkanlah aku menurut firman-Mu. Aku telah mengakui gerak-geriku dan Engkau telah menjawabku; ajarlah aku ketetapan-Mu. Biarlah aku mengerti jalan ajaran-ajaran-Mu; supaya aku merenung perbuatan-Mu yang menakjubkan. Jiwaku lebur ditekan kemuraman; teguhkanlah aku menurut firman-Mu. Bebaskan aku daripada jalan dusta; dan berilah aku hukum-Mu dengan limpah kasih kurnia. Aku telah memilih jalan kebenaran; hukum-hukum-Mu telah kuletakkan di hadapanku. Aku berpegang teguh pada peraturan-Mu; Ya TUHAN, jangan malukan aku. Aku akan terus-menerus mematuhi perintah-perintah-Mu, kerana Engkau melapangkan hatiku. Ajarlah aku, ya TUHAN, jalan ketetapan-Mu; aku akan mematuhinya hingga ke akhir. Berilah aku pengertian, aku akan mematuhi hukum-Mu; sesungguhnya, aku akan mentaatinya dengan sepenuh hatiku. Biarlah aku melangkah di jalan perintah-perintah-Mu, kerana aku bahagia dengannya. Cenderungkanlah hatiku kepada peraturan-Mu, bukan kepada ketamakan. Alihkanlah mataku daripada memandang segala yang tidak berfaedah; dan pulihkan aku di jalan-Mu. Tegakkan firman-Mu bagi hamba-Mu, yang sepenuh hari takut kepada-Mu. Palingkan daripadaku celaan yang kutakuti, kerana hukum-hukum-Mu baik. Sesungguhnya, aku merindui ajaran-ajaran-Mu! Pulihkan aku dalam perbenaran-Mu.

Imej Ayat untuk Mazmur 119:1-40

Mazmur 119:1-40 - Diberkatilah orang yang tidak tercela jalannya,
yang melangkah menurut hukum TUHAN.
Diberkatilah mereka yang mematuhi peraturan-Nya,
yang mencari-Nya dengan sepenuh hati.
Mereka juga tidak melakukan dosa;
mereka melangkah menurut jalan-Nya.
Engkau telah memerintahkan kami supaya mematuhi ajaran-ajaran-Mu
dengan bersungguh-sungguh.
Oh, kalaulah cara-caraku ditujukan ke arah mematuhi ketetapan-Mu!
Maka tidaklah aku malu
apabila aku meneliti segala perintah-Mu.
Aku akan memuji-Mu dengan tulus hati
apabila kupelajari hukum-Mu yang benar.
Aku akan mematuhi ketetapan-Mu;
janganlah tinggalkan aku selama-lamanya.
Bagaimanakah seorang pemuda menyucikan jalannya?
Dengan berhati-hati menurut firman-Mu.
Dengan sepenuh hatiku aku telah mencari-Mu;
janganlah biarkan aku menyimpang daripada perintah-perintah-Mu.
Firman-Mu telah kusimpan baik-baik dalam hatiku
supaya aku tidak berdosa terhadap-Mu.
Terpujilah Engkau, ya TUHAN;
ajarlah aku ketetapan-Mu.
Dengan bibirku telah kuisytiharkan
segala hukum yang Kaufirmankan.
Aku telah bergembira dengan cara peraturan-Mu
seperti dengan segala kekayaan.
Aku akan merenung ajaran-ajaran-Mu
dan memikirkan cara-cara-Mu.
Aku akan menikmati ketetapan-Mu;
aku tidak akan melupakan firman-Mu.
Limpahkanlah kurnia-Mu kepada hamba-Mu;
supaya aku dapat hidup dan mematuhi firman-Mu.
Bukakanlah mataku supaya aku dapat melihat
hal-hal yang menakjubkan daripada hukum-Mu.
Aku orang asing di bumi;
janganlah sembunyikan perintah-perintah-Mu daripadaku.
Jiwaku resah mengingini hukum-hukum-Mu setiap waktu.
Engkau memarahi orang sombong yang dilaknati,
yang menyimpang daripada perintah-perintah-Mu.
Bebaskan aku daripada celaan dan hinaan,
kerana aku telah mematuhi peraturan-Mu.
Raja-raja juga duduk mengataku,
tetapi hamba-Mu merenung ketetapan-Mu.
Peraturan-Mu juga memberiku nikmat dan bimbingan.
Jiwaku melekap ke debu;
pulihkanlah aku menurut firman-Mu.
Aku telah mengakui gerak-geriku dan Engkau telah menjawabku;
ajarlah aku ketetapan-Mu.
Biarlah aku mengerti jalan ajaran-ajaran-Mu;
supaya aku merenung perbuatan-Mu yang menakjubkan.
Jiwaku lebur ditekan kemuraman;
teguhkanlah aku menurut firman-Mu.
Bebaskan aku daripada jalan dusta;
dan berilah aku hukum-Mu dengan limpah kasih kurnia.
Aku telah memilih jalan kebenaran;
hukum-hukum-Mu telah kuletakkan di hadapanku.
Aku berpegang teguh pada peraturan-Mu;
Ya TUHAN, jangan malukan aku.
Aku akan terus-menerus mematuhi perintah-perintah-Mu,
kerana Engkau melapangkan hatiku.
Ajarlah aku, ya TUHAN, jalan ketetapan-Mu;
aku akan mematuhinya hingga ke akhir.
Berilah aku pengertian, aku akan mematuhi hukum-Mu;
sesungguhnya, aku akan mentaatinya dengan sepenuh hatiku.
Biarlah aku melangkah di jalan perintah-perintah-Mu,
kerana aku bahagia dengannya.
Cenderungkanlah hatiku kepada peraturan-Mu,
bukan kepada ketamakan.
Alihkanlah mataku daripada memandang segala yang tidak berfaedah;
dan pulihkan aku di jalan-Mu.
Tegakkan firman-Mu bagi hamba-Mu,
yang sepenuh hari takut kepada-Mu.
Palingkan daripadaku celaan yang kutakuti,
kerana hukum-hukum-Mu baik.
Sesungguhnya, aku merindui ajaran-ajaran-Mu!
Pulihkan aku dalam perbenaran-Mu.Mazmur 119:1-40 - Diberkatilah orang yang tidak tercela jalannya,

Pulihkan aku dalam perbenaran-Mu.