Bilangan 26:63-65
Bilangan 26:63-65 AVB
Itulah orang yang terhitung jumlahnya oleh Musa dan Imam Eleazar ketika kedua-duanya menghitung orang Israel di dataran Moab, di tepi Sungai Yordan dekat Yerikho. Antara orang ini tidak ada seorang pun yang dahulu dihitung oleh Musa dan Imam Harun ketika mereka menghitung orang Israel di Gurun Sinai, kerana tentang orang itu TUHAN telah berfirman, “Sesungguhnya, orang itu pasti mati di gurun.” Daripada mereka itu tiada seorang pun yang masih hidup selain Kaleb anak Yefune dan Yosua anak Nun.

