Bilangan 20:11-14

Bilangan 20:11-14 AVB

Lalu Musa mengangkat tangannya dan memukul bukit batu itu dua kali dengan tongkatnya. Maka keluarlah air dengan limpahnya, dan minumlah umat itu berserta ternakan mereka. Akan tetapi, TUHAN berfirman kepada Musa dan Harun, “Kerana kamu tidak percaya kepada-Ku dan tidak menyatakan kesucian-Ku di hadapan mata orang Israel, maka kamu tidak akan membawa jemaah ini masuk ke negeri yang akan Kukurniakan kepada mereka.” Itulah mata air Meriba. Di situlah orang Israel berbantah dengan TUHAN, dan di situ pulalah Dia menyatakan kesucian-Nya dalam kalangan mereka. Musa mengirim beberapa utusan dari Kadesh kepada raja Edom dengan pesan, “Beginilah kata saudaramu Israel, ‘Kamu tahu segala kesusahan yang telah menimpa kami.