Bilangan 1:1-4

Bilangan 1:1-4 AVB

TUHAN berfirman sedemikian kepada Musa dalam Khemah Pertemuan di Gurun Sinai pada hari pertama dalam bulan kedua, dalam tahun kedua setelah orang Israel keluar dari Tanah Mesir: “Jalankanlah banci penduduk ke atas seluruh umat Israel menurut kaum dan keluarga mereka. Catatlah satu demi satu nama semua lelaki di Israel berumur dua puluh tahun ke atas yang sanggup berperang. Hendaklah kamu dan Harun menghitung mereka menurut pasukan masing-masing. Hendaklah ada seorang daripada setiap suku yang menyertaimu, iaitu orang yang menjadi ketua kaum keluarganya.