1
ROMA 15:13
Alkitab Berita Baik
BM
Semoga Allah yang memberi kamu harapan, memenuhkan hati kamu dengan kegembiraan dan kedamaian kerana kamu percaya kepada-Nya, supaya dengan kuasa Roh Allah kamu semakin berharap kepada Allah.
비교
ROMA 15:13 살펴보기
2
ROMA 15:4
Segala yang tertulis di dalam Alkitab adalah untuk mengajar kita, supaya kita mempunyai harapan kerana ajaran daripada Alkitab menyebabkan kita bersabar dan berteguh hati.
ROMA 15:4 살펴보기
3
ROMA 15:5-6
Semoga Allah yang menyebabkan kamu bersabar dan berteguh hati, membolehkan kamu hidup seia sekata menurut teladan Kristus Yesus. Dengan demikian kamu semua sama-sama dapat memuji Allah, Bapa Tuhan kita Yesus Kristus.
ROMA 15:5-6 살펴보기
4
ROMA 15:7
Sebagaimana Kristus sudah menyambut kamu, sambutlah satu sama lain untuk memuliakan Allah.
ROMA 15:7 살펴보기
5
ROMA 15:2
Sebaliknya setiap orang daripada kita harus menyenangkan hati saudaranya bagi kebaikannya, supaya imannya menjadi semakin teguh.
ROMA 15:2 살펴보기