1
Imamat 19:18
Alkitab Versi Borneo
AVB
Jangan membalas dendam ataupun berdendam kepada sesiapa antara umat sebangsamu, tetapi sebaliknya, kasihilah sesama manusia sebagaimana kamu mengasihi dirimu sendiri. Akulah TUHAN.
Lee anya n'etiti ihe abụọ
Nyochaa Imamat 19:18
2
Imamat 19:28
Jangan buat torehan pada daging tubuhmu demi orang yang mati dan jangan cacah kulitmu. Akulah TUHAN.
Nyochaa Imamat 19:28
3
Imamat 19:2
“Katakanlah kepada seluruh jemaah Israel, ‘Hendaklah kamu suci, kerana Aku, TUHAN, Allahmu, suci.
Nyochaa Imamat 19:2
4
Imamat 19:17
Jangan kamu membenci saudaramu dalam hatimu tetapi berikan teguran sesamamu secara berterus terang agar kamu tidak terbawa dosa kerana dia.
Nyochaa Imamat 19:17
5
Imamat 19:31
Jangan menggunakan khidmat pemanggil arwah dan para ahli sihir. Jangan mencari mereka sehingga kamu tercemar kerana mereka. Akulah TUHAN, Allahmu.
Nyochaa Imamat 19:31
6
Imamat 19:16
Jangan ke sana ke mari menyebar fitnah dalam kalangan umat sebangsamu, namun begitu jangan berdiam diri sahaja tatkala nyawa jiranmu terancam. Akulah TUHAN.
Nyochaa Imamat 19:16