1
Matius 16:24
Alkitab Versi Borneo
AVB
Kemudian Yesus berkata kepada murid-murid-Nya, “Jika seseorang hendak mengikut-Ku, dia harus menyangkal dirinya, memikul salib dan mengikut-Ku.
مقایسه
Matius 16:24 را جستجو کنید
2
Matius 16:18
Oleh itu ketahuilah engkau Petrus, batu yang kukuh, dengan asas batu pejal inilah akan Kubina jemaah-Ku. Alam maut pun tidak dapat merobohkannya.
Matius 16:18 را جستجو کنید
3
Matius 16:19
Aku akan memberikan kunci kerajaan syurga kepadamu. Apa yang kamu ikat di dunia akan diikat juga di syurga. Apa yang kamu uraikan di dunia akan diuraikan juga di syurga.”
Matius 16:19 را جستجو کنید
4
Matius 16:25
Sesiapa yang mempertahankan hidupnya akan kehilangan hidup, dan sesiapa yang mengorbankan hidupnya kerana-Ku akan memperoleh hidup.
Matius 16:25 را جستجو کنید
5
Matius 16:26
Apalah gunanya jika seseorang memperoleh seluruh dunia tetapi kehilangan hidupnya? Apakah yang dapat diberinya sebagai ganti untuk hidup itu?
Matius 16:26 را جستجو کنید
6
Matius 16:15-16
Yesus bertanya, “Menurut kamu, siapakah Aku ini?” Simon Petrus menjawab, “Engkau ialah Kristus, Anak Allah Yang Hidup.”
Matius 16:15-16 را جستجو کنید
7
Matius 16:17
Yesus berkata, “Diberkatilah engkau, Simon anak Yunus! Yang memberitahumu bukannya manusia tetapi Bapa-Ku di syurga.
Matius 16:17 را جستجو کنید