‘Jika malapetaka, iaitu pedang, hukuman, wabak penyakit, atau bencana kebuluran menimpa kami, maka kami akan berdiri di depan Bait ini dan di hadapan-Mu, kerana nama-Mu ditegakkan di dalam Bait ini. Kami akan berseru kepada-Mu dalam keperitan kami, dan Engkau akan mendengar serta menyelamatkan kami.’