YouVersion Logo
Search Icon

YOHANES 12:1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 13, 14, 15, 16, 17, 18, 19

YOHANES 12:1 ABB96

Enam hari sebelum Perayaan Paska, Yesus pergi ke Betania, tempat tinggal Lazarus yang sudah dibangkitkan-Nya daripada kematian.

YOHANES 12:2 ABB96

Di sana Dia dijamu oleh mereka. Marta menghidangkan makanan, sementara Lazarus dan tetamu lain makan bersama-sama Yesus.

YOHANES 12:3 ABB96

Kemudian Maria datang dan membawa kira-kira setengah liter minyak wangi yang mahal harganya. Minyak itu dibuat daripada akar wangi. Dia menuang minyak itu pada kaki Yesus, lalu menyapu kaki Yesus dengan rambutnya. Oleh itu keharuman minyak itu memenuhi seluruh rumah.

YOHANES 12:4 ABB96

Yudas Iskariot, salah seorang pengikut Yesus, yang kelak mengkhianati Dia, berkata

YOHANES 12:5 ABB96

“Mengapakah minyak wangi ini tidak dijual dengan harga tiga ratus keping wang perak, lalu wangnya diberikan kepada orang miskin?”

YOHANES 12:6 ABB96

Yudas berkata demikian bukan kerana dia mengambil berat terhadap orang miskin, tetapi kerana dia pencuri. Dia menyimpan beg wang bagi mereka dan dia biasa mengambil sedikit wang untuk keperluannya sendiri.

YOHANES 12:7 ABB96

Tetapi Yesus berkata, “Janganlah ganggu wanita ini! Biarlah dia lakukan perkara ini untuk hari penguburan-Ku!

YOHANES 12:8 ABB96

Orang miskin sentiasa ada antara kamu, tetapi Aku tidak selalu bersama-sama kamu.”

YOHANES 12:9 ABB96

Banyak orang Yahudi mendengar bahawa Yesus di Betania. Mereka pergi ke sana, bukan sahaja kerana apa yang sudah dilakukan oleh Yesus, tetapi juga kerana mereka mahu melihat Lazarus yang sudah dibangkitkan oleh Yesus daripada kematian.

YOHANES 12:10 ABB96

Oleh itu ketua-ketua imam bercadang hendak membunuh Lazarus juga

YOHANES 12:11 ABB96

kerana banyak orang Yahudi meninggalkan mereka, lalu percaya kepada Yesus.

YOHANES 12:13 ABB96

Mereka mengambil dahan-dahan pokok palma lalu pergi mengalu-alukan Yesus sambil berseru, “Pujilah Allah! Diberkatilah Dia yang datang dengan nama Tuhan! Diberkatilah Raja Israel!”

YOHANES 12:14 ABB96

Yesus mendapati seekor keldai muda lalu menungganginya. Dengan demikian berlakulah yang tertulis di dalam Alkitab

YOHANES 12:15 ABB96

“Janganlah takut, hai penduduk Sion! Lihatlah Raja kamu datang menunggang seekor keldai muda!”

YOHANES 12:16 ABB96

Pada masa itu pengikut-pengikut Yesus tidak memahami semuanya. Tetapi setelah Yesus dimuliakan melalui kematian dan kebangkitan-Nya, barulah mereka teringat bahawa apa yang dilakukan oleh orang ramai bagi-Nya sudah tertulis di dalam Alkitab.

YOHANES 12:17 ABB96

Orang ramai yang hadir ketika Yesus memanggil Lazarus keluar dari kubur dan membangkitkannya daripada kematian, sudah memberitahukan kejadian itu.

YOHANES 12:18 ABB96

Itulah sebabnya orang ramai menjumpai Yesus, kerana mereka mendengar bahawa Dia sudah melakukan mukjizat itu.

YOHANES 12:19 ABB96

Orang Farisi berkata sesama sendiri, “Lihatlah, seluruh dunia sudah mengikut dia. Usaha kita sia-sia belaka!”