YouVersion Logo
Search Icon

YOHANES 11:32, 33, 34, 35, 36, 37, 38, 39, 40, 41, 42, 43, 44, 45, 46, 47, 48, 49, 50, 51, 52, 53, 54, 55, 56, 57

YOHANES 11:32 ABBDK96

Apabila Maria sampai ke tempat Yesus dan melihat Dia, Maria berlutut pada kaki Yesus dan berkata, “Tuhan, jika Tuhan di sini pada masa itu, tentu saudaraku masih hidup!”

YOHANES 11:33 ABBDK96

Apabila Yesus melihat Maria menangis dan semua orang Yahudi yang datang bersama-sama Maria juga menangis, Yesus sedih hati dan terharu.

YOHANES 11:34 ABBDK96

Dia bertanya kepada mereka, “Di manakah kamu mengubur dia?” Mereka menjawab, “Mari lihat, Tuhan.”

YOHANES 11:35 ABBDK96

Yesus menangis.

YOHANES 11:36 ABBDK96

Semua orang Yahudi di situ berkata, “Lihatlah! Dia sangat mengasihi Lazarus.”

YOHANES 11:37 ABBDK96

Tetapi beberapa orang antara mereka berkata, “Dia dapat membuat orang buta melihat. Mengapa dia tidak dapat mencegah kematian Lazarus?”

YOHANES 11:38 ABBDK96

Yesus sangat terharu lagi, lalu Dia pergi ke kubur. Kubur itu sebuah gua yang ditutup dengan sebuah batu besar.

YOHANES 11:39 ABBDK96

Lalu Yesus berkata, “Tepikan batu ini.” Tetapi Marta, saudara orang yang meninggal itu menjawab, “Tuhan, sudah empat hari dia dikuburkan. Tentu busuk baunya!”

YOHANES 11:40 ABBDK96

Yesus berkata kepada Marta, “Tidakkah Aku berkata kepadamu: Jika kamu percaya, kamu boleh melihat betapa besarnya kuasa Allah?”

YOHANES 11:41 ABBDK96

Mereka mengetepikan batu itu, lalu Yesus menengadah ke langit dan berkata, “Aku bersyukur kepada-Mu, ya Bapa, kerana Engkau mendengar permintaan-Ku.

YOHANES 11:42 ABBDK96

Aku tahu bahawa Engkau sentiasa mendengar permintaan-Ku. Aku berkata demikian untuk kebaikan semua orang di sini, supaya mereka percaya bahawa Engkaulah yang mengutus Aku.”

YOHANES 11:43 ABBDK96

Setelah Yesus berkata demikian, Dia berseru dengan suara kuat, “Lazarus, keluar!”

YOHANES 11:44 ABBDK96

Lazarus pun keluar. Tangan dan kakinya masih terbalut dengan kain kafan dan mukanya tertutup dengan kain penutup muka. Yesus berkata kepada orang ramai di situ, “Tanggalkan kain yang membalutnya dan biarlah dia pergi.”

YOHANES 11:45 ABBDK96

Banyak orang Yahudi yang datang melawat Maria, melihat apa yang dilakukan oleh Yesus, lalu mereka percaya kepada Yesus.

YOHANES 11:46 ABBDK96

Tetapi beberapa orang antara mereka balik kepada orang Farisi, lalu melaporkan apa yang telah dilakukan oleh Yesus.

YOHANES 11:47 ABBDK96

Oleh itu, orang Farisi dan ketua-ketua imam mengadakan mesyuarat dengan Majlis Agama. Mereka berkata, “Apakah yang harus kita lakukan? Lihatlah, orang ini melakukan banyak mukjizat!

YOHANES 11:48 ABBDK96

Jika kita biarkan Dia terus berbuat demikian, semua orang akan percaya kepada-Nya. Akhirnya penguasa Roma akan datang lalu menghancurkan Rumah Tuhan dan bangsa kita!”

YOHANES 11:49 ABBDK96

Seorang daripada mereka bernama Kayafas, Imam Agung pada tahun itu. Dia berkata, “Kamu tidak tahu apa-apa.

YOHANES 11:50 ABBDK96

Tidakkah kamu sedar bahawa lebih baik satu orang mati bagi umat kita daripada seluruh bangsa kita dibinasakan?”

YOHANES 11:51 ABBDK96

Sebenarnya dia tidak mengatakan hal ini menurut fikirannya sendiri. Tetapi sebagai Imam Agung tahun itu, dia bernubuat bahawa Yesus akan mati untuk orang Yahudi.

YOHANES 11:52 ABBDK96

Yesus mati bukan untuk orang Yahudi sahaja, tetapi juga untuk mengumpulkan dan menyatukan umat Allah yang tercerai-cerai.

YOHANES 11:53 ABBDK96

Sejak hari itu para penguasa Yahudi berkomplot untuk membunuh Yesus.

YOHANES 11:54 ABBDK96

Yesus tidak lagi berpergian secara terang-terangan di Yudea, tetapi Dia pergi ke bandar bernama Efraim dekat padang gurun. Dia dan pengikut-pengikut-Nya tinggal di sana.

YOHANES 11:55 ABBDK96

Pada masa itu sudah hampir Perayaan Paska orang Yahudi. Banyak orang dari kampung pergi ke Yerusalem untuk menjalankan upacara penyucian diri sebelum perayaan itu.

YOHANES 11:56 ABBDK96

Mereka mencari Yesus dan semasa di Rumah Tuhan, mereka bertanya sesama sendiri, “Apa pendapatmu? Dia barangkali tidak akan menghadiri perayaan ini.”

YOHANES 11:57 ABBDK96

Ketua-ketua imam dan orang Farisi sudah mengeluarkan perintah bahawa orang yang mengetahui tempat Yesus berada harus melaporkannya, supaya Dia dapat ditangkap.