SIRAKH 49
49
Raja Yosia
1Raja Yosia meninggalkan nama yang sangat harum seperti kemenyan yang dicampur dengan cekap, seperti mengecapi madu yang manis atau seperti muzik pada pesta wain. 2Baginda berusaha dengan jalan yang benar, untuk mengembalikan rakyat kepada Tuhan. Baginda juga membasmi kekejian pemujaan berhala. 3Baginda setia kepada Tuhan dengan sebulat hati, dan pada masa yang penuh kejahatan, baginda memperkuat kesalihan umat. #2 Raj 22.1, 22.11-13, 23.3, 25
Yeremia
4Semua raja kecuali Raja Daud, Raja Hizkia, dan Raja Yosia, adalah orang yang sangat berdosa kerana meninggalkan Taurat Allah Yang Maha Tinggi. Oleh sebab itu raja-raja Yehuda lenyap. 5Mereka menyerahkan kekuasaan dan kehormatan mereka kepada orang asing 6yang membakar kota Yerusalem dan Rumah Tuhan. Maka lenganglah jalan-jalan, 7seperti yang telah diramalkan oleh Nabi Yeremia. Yeremia diperlakukan dengan jahat, walaupun sejak dari rahim ibunya, dia dipilih menjadi nabi untuk mencabut, membasmi, dan membinasakan, tetapi juga untuk membangun dan menanam. #Yer 1.4-10, 39.8
Yehezkiel
8Yehezkiel mendapat penglihatan tentang kemuliaan Allah yang ditunjukkan kepadanya di atas kereta kuda dan kerub-kerub. 9Tuhan ingat akan musuh-musuh-Nya dan menimpa mereka dengan badai. Tetapi Dia berbuat baik kepada orang yang hidup dengan tulus hati. #Yeh 1.3-15, 14.14-20
Dua Belas Orang Nabi
10Semoga dua belas orang nabi dibangkitkan dari kuburan mereka, oleh sebab mereka telah menghibur dan menyelamatkan bangsa Israel dengan memberi harapan yang teguh.
Zerubabel dan Yosua
11Bagaimana kita dapat memuji Zerubabel? Dia seperti cincin meterai di tangan kanan. #Ezr 3.2; Hag 2.23 12Begitu juga Yosua anak Yozadak. Pada zamannya Rumah Allah yang suci dibina semula dan diperuntukkan bagi keagungan untuk selama-lamanya. #Hag 1.1,12
Nehemia
13Nehemia pun sangat termasyhur kenangannya. Tembok-tembok Yerusalem yang runtuh dibina semula bagi kita. Dipasangnya pintu-pintu gerbang serta palang pintu. Juga rumah-rumah kita dibinanya semula. #Neh 6.15
Henokh, Yusuf, dan Para Leluhur
14Di dunia tidak ada orang seperti Henokh, kerana dia diangkat dari bumi ini. 15Belum pernah dilahirkan seorang seperti Yusuf, pemimpin saudara-saudaranya dan penyokong bangsanya. Bahkan tulang-tulangnya diperhatikan orang. 16Sem dan Set juga terhormat, tetapi di kalangan semua makhluk hidup, tidak ada yang lebih agung daripada Adam.
Currently Selected:
SIRAKH 49: BMDC
Highlight
Copy
Compare
Share
Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in
Alkitab Berita Baik © Bible Society of Malaysia, 1996.