YouVersion Logo
Search Icon

Yesaya 55:6-11

Yesaya 55:6-11 AVB

Carilah hadirat TUHAN selagi Dia dapat ditemui, berserulah kepada-Nya selagi Dia dekat. Hendaklah orang fasiq meninggalkan jalannya dan orang jahat meninggalkan segala rancangannya. Hendaklah dia kembali kepada TUHAN, maka Dia akan mengasihaninya, dan kepada Allah kita, kerana Dia akan mengampuni dengan limpahnya. “Sesungguhnya, rancangan-Ku bukanlah rancanganmu dan jalanmu bukanlah jalan-Ku,” demikianlah firman TUHAN. “Setinggi langit di atas bumi, demikianlah tingginya jalan-Ku daripada jalanmu dan rancangan-Ku daripada rancanganmu. Seperti hujan dan salji turun dari langit dan tidak kembali ke sana melainkan membasahi bumi, membuatnya berbuah dan bertunas, memberikan benih kepada orang yang menabur dan makanan kepada orang yang mahu makan, demikianlah firman yang Kusampaikan: ia tidak akan kembali kepada-Ku dengan sia-sia melainkan akan melaksanakan apa yang Kukehendaki dan berhasil dalam apa yang Kusuruh kepadanya.

Free Reading Plans and Devotionals related to Yesaya 55:6-11