Skip to content
Bible App logo

Yesaya 55:1-3,8-13

Yesaya 55:1-3 AVB

“Wahai semua orang yang dahaga, mari, ambillah air! Wahai orang yang tidak punya wang, mari, belilah makanan dan makanlah! Mari, belilah air anggur dan susu tanpa wang dan tanpa bayaran! Mengapakah kamu membelanjakan wang untuk sesuatu yang bukan makanan, dan hasil jerih lelahmu untuk sesuatu yang tidak mengenyangkan? Dengarlah Aku baik-baik dan makanlah apa yang baik. Biarlah kamu bersenang-senang dengan hidangan yang kaya khasiatnya. Pasanglah telingamu dan datanglah kepada-Ku, dengarlah, maka kamu akan hidup. Aku akan mengikat perjanjian yang kekal dengan kamu, menurut kasih abadi yang teguh kepada Daud.

Yesaya 55:8-13 AVB

“Sesungguhnya, rancangan-Ku bukanlah rancanganmu dan jalanmu bukanlah jalan-Ku,” demikianlah firman TUHAN. “Setinggi langit di atas bumi, demikianlah tingginya jalan-Ku daripada jalanmu dan rancangan-Ku daripada rancanganmu. Seperti hujan dan salji turun dari langit dan tidak kembali ke sana melainkan membasahi bumi, membuatnya berbuah dan bertunas, memberikan benih kepada orang yang menabur dan makanan kepada orang yang mahu makan, demikianlah firman yang Kusampaikan: ia tidak akan kembali kepada-Ku dengan sia-sia melainkan akan melaksanakan apa yang Kukehendaki dan berhasil dalam apa yang Kusuruh kepadanya. Sesungguhnya, kamu akan keluar dengan sukacita dan akan dibimbing dengan damai. Gunung-gunung dan bukit-bukit akan bersorak-sorai gembira di hadapanmu, dan semua pokok di padang akan bertepuk tangan. Sebagai ganti semak duri akan tumbuh pokok sanubar, sebagai ganti jelatang akan tumbuh pokok murad. Hal ini akan terjadi sebagai kemasyhuran bagi TUHAN, sebagai tanda abadi yang tidak akan lenyap.”

Verse Image for Yesaya 55:1-3,8-13

Yesaya 55:1-3 - “Wahai semua orang yang dahaga, mari, ambillah air!
Wahai orang yang tidak punya wang,
mari, belilah makanan dan makanlah!
Mari, belilah air anggur dan susu
tanpa wang dan tanpa bayaran!
Mengapakah kamu membelanjakan wang untuk sesuatu yang bukan makanan,
dan hasil jerih lelahmu untuk sesuatu yang tidak mengenyangkan?
Dengarlah Aku baik-baik dan makanlah apa yang baik.
Biarlah kamu bersenang-senang dengan hidangan yang kaya khasiatnya.
Pasanglah telingamu dan datanglah kepada-Ku,
dengarlah, maka kamu akan hidup.
Aku akan mengikat perjanjian yang kekal dengan kamu,
menurut kasih abadi yang teguh kepada Daud.

Free Reading Plans and Devotionals related to Yesaya 55:1-3,8-13