Daniel 8:19-21
Daniel 8:19-21 AVB
Dia berkata, “Ketahuilah, aku akan memberitahukan kepadamu apa yang akan terjadi pada masa murka yang terakhir ini, kerana hal itu berkaitan dengan akhir zaman yang sudah ditentukan. Domba jantan bertanduk dua yang kaulihat itu ialah raja-raja Media dan Parsi. Kambing jantan yang berbulu panjang itu ialah raja Yunani. Tanduk besar di antara dua matanya ialah raja yang pertama.



